Kita sebagai orang Islam hanyalah hamba di dunia ini.Tapi kadangkala kita leka dengan kemewahan dunia dan menganggap dunia ini kita yang punya. Sama la seperti kisah Puan Aliana (Bukan nama sebenar) yang merupakan seorang wanita yang aktif bersukan.
Puan Aliana sering mengadu kepada rakannya tentang sakit di belakang lutut dan di belakang pehanya (“Hamstring Strain”) jika dia berdiri terlalu lama. Setiap kali ingin menggerakkan kakinya, dia akan berasa sengal- sengal dan tegang di belakang peha (“Hamstring Strain”). Keadaan ini menyebabkan Puan Aliana menjadi malas setiap kali untuk solat kerana setiap kali ingin rukuk, tegang di belakang peha menjadi semakin sakit. Pada awalnya dia hanya melambat- lambatkan solat tetapi semakin lama dia semakin lalai dan memberikan alasan sakit dan sibuk untuk tidak menunaikan solat. Akhirnya, dia lalai kepada penciptanya dan terus hanyut dengan dunia.
Perkara ini disedari oleh rakan karibnya. Rakan karibnya menasihatkan agar dia berubah dan pergi berjumpa dengan doktor dan jangan jadikan sakit sebagai alasan utama untuk tidak menunaikan solat. Doktor mengesahkan bahawa Puan Aliana mempunyai masalah “Hamstring Strain” tahap 2. Doktor menasihatkan Puan Aliana untuk membuat rawatan fisioterapi.
“Hamstring” merupakan otot di belakang peha yang berfungsi untuk meluruskan lutut. “Strain” adalah kekejangan otot “Hamstring” disebabkan berlakunya pengecutan otot yang tidak disengajakan secara tiba – tiba dan tidak menunjukkan tanda tanda untuk relaks kembali. Otot berasa ketat dan sakit merupakan salah satu simptom kepada kekejangan otot atau “Muscle Strain”.
“Muscle Strain” boleh dibahagikan kepada 3 tahap:
- Tahap 1 (ringan) dalam tahap ini hanya beberapa otot yang rosak atau koyak;
- Tahap 2 (sederhana), di tahap ini lebih kurang separuh otot terkoyak
- Tahap 3 (parah) bermula dari lebih daripada separuh otot yang koyak hingga keseluruhan otot koyak
Rawatan fisioterapi seperti “Deep Tissue Massage”, Senaman Regangan dan “Sport Massage” dapat mengurangkan rasa sakit dan kekejangan otot. Alhamdullilah selepas mendapatkan rawatan fisioterapi di Kapas Beauty Spa, kini Puan Aliana kembali aktif dan berubah daripada menjadi seorang hamba yang lalai.
“Jangan Pernah Salahkan Tuhan, Kalau Diri Sendiri Hamba Dunia”