Ibu ibarat matahari yang sering menyinari hari anak anaknya. Tanggungjawab seorang anak kepada ibunya tidak pernah habis. Sebagai anak kita haruslah sedaya- upaya memenuhi kehendak ibu bapa kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Begitu la kisah Puan Alia yang menyesal akan perbuatannya yang tidak memperdulikan arwah ibunya ketika ibunya mengadu sakit tumit. Ibu kepada Puan Alia mempunyai masalah “Plantar Fasciitis” yang menyebabkan dia sakit di bahagian tumit ketika berjalan.
“Plantar Fasciitis” adalah salah satu penyebab sakit tumit. Ia melibatkan keradangan pada tisu tebal yang melintasi bahagian bawah kaki dan yang menghubungkan tulang tumit ke jari kaki (plantar fascia). “Plantar Fasciitis” biasanya menyebabkan sakit yang menyucuk yang biasanya berlaku langkah pertama pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak, rasa sakit biasanya berkurang, tetapi mungkin akan kembali setelah lama berdiri atau ketika ingin berdiri semula selepas.
Simptom-simptom awal untuk “Plantar Fasciitis” adalah:
- Sakit menyucuk di bahagian bawah kaki berhampiran tumit.
- Sakit yang berlebihan pada tumit ketika beberapa langkah pertama dari bangun
- Sakit bertambah di tumit apabila berdiri atau berjalan terlalu lama
- Sakit di tumit selepas bersenam
Rawatan fisioterapi di Kapas Beauty Spa dapat membantu mengurangkan sakit. Antara rawatan fisioterapi di Kapas Beauty Spa untuk individu yang mempunya masalah “Plantar Fasciitis” adalah:
- Paraffin Wax
- Tapping
- Stretching Exercise
- Strengthening Exercise
- Ultrasound
“Hidup Dalam Penyesalan Lebih Menyakitkan Daripada Kematian.”