Suami terindah di mata isteri bukanlah seorang yang mampu membelikan segalanya tapi suami yang setia dan selalu ada dalam setiap tanggisan dan tawa isteri dan anak anak. Tapi apakan daya langit tak selalunya cerah, Puan Hayati (Bukan nama sebenar) mendapat suami yang hanya memikirkan nafsu dirinya. 3 bulan yang lepas, Puan Hayati terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan tulang pinggul dan pehanya patah hingga menyebabkan dia tidak dapat berjalan. Suaminya menceraikannya ketika dia masih di dalam Hospital selepas 3 hari dia menjalani pembedahan kerana memgganggap Puan Hayati tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sempurna.
Rawatan fisioterapi amat penting bagi individu yang mengalami patah tulang, lebih lebih lagi selepas menjalani pembedahan untuk menyambung atau menggantikan tulang yang patah. Ini kerana, individu yang mengalami patah tulang akan berasa takut untuk menggerakkan bahagian yang patah walaupun selepas pembedahan. Perasaan takut ini boleh menyebabkan otot dan tulang individu tersebut menjadi pendek dank eras. Oleh itu, rawatan fisioterapi amat penting kepada individu yang mempunyai masalah patah tulang.
Kapas Beauty Spa turut menyediakan rawatan fisioterapi untuk membantu mengembalikan sistem fizikal kembali seperti sediakala. Antara rawatan fisioterapi yang dapat membantu mengembalikan pergerakkan adalah:
- Mobilizing Exercise
- Strengthening Exercise
- Balance Training
- Gait Training
“Kalau Kau Tak Mampu Untuk Bersamaku Ketika Susah, Jangan Pernah Hadir ketika Diriku Senang”- Isteri