Penyelidikan dari “Global Burden Disease” pada tahun 2020 menyatakan bahawa Osteoarthritis (OA) adalah penyakit yang sering dihidapi oleh orang ramai. Osteoarthritis boleh berlaku pada setiap sendi tulang dalam badan manusia. Tetapi Osteoarthritis biasanya berlakunya pada sendi pinggul, jari atau lutut manusia.
Osteoarthritis Lutut atau “Knee Osteoarthritis” menyumbang sebanyak 85% berbanding OA dibahagian sendi tulang yang lain. Lutut Osteoarthritis berlaku disebabkan oleh proses penipisan tulang rawan (Cartilage) yang berlaku secara pelahan- lahan akhirnya mengakibatkan keradangan (Inflammation). Tulang rawan berfungsi menyerap daya hentakan atau berat badan. Tulang rawan yang semakin menipis akan menyebabkan berlakunya geseran antara tulang betis dan tulang kaki dan akhirnya menghasilkan bunyi pada lutut anda sekiranya bergerak dan mengakibatkan kesakitan.
Simptom Osteoarthritis lutut yang anda perlu tahu:
- Sakit pada bahagian lutut semakin meningkat apabila bergerak teralu aktif, dan sakit berkurang selepas berehat
- Rasa ketat dan keras pada sendi lutut terutamanya apabila bangun pagi (“Morning Stiffness”) atau duduk dalam tempoh yang lama
- Bengkak pada bahagian lutut disebabkan keradangan yang berlaku pada tulang rawan
- Bunyi “Klik” dan sakit apabila menggerakan lutut. Ini disebabkan oleh geseran yang berlaku antara permukaan tulang pada sendi
Jika anda mempunyai simptom seperti di atas. Jangan lenggahkan masa anda lagi. Osteoarthrtis yang dibiar lama tanpa dirawat boleh menjadi lebih serius hingga menyebabkan anda tidak dapat berjalan dan terpaksa menjalani pembedahan pengantian lutut atau “Knee Replacement”. Dapatkan rawatan fisioterapi anda sekarang di Kapas Beauty Spa untuk menggurangkan rasa sakit lutut dan menghalang sakit lutut anda menjadi lebih serius.