BERAT badan dah mula naik sebab tiada kawalanan pemakanan? Dah bersenam dah dekat sebulan tapi tak kurus? Mencari alternatif lain untuk kurus? Jom baca artikel ini. Cara atau alternatif lain yang boleh menurunkan berat badan anda adalah rawatan sauna. Rawatan sauna adalah satu rawatan yang digunakan untuk menangkan fikiran dan mengurangkan berat badan anda. Ia juga amat disarankan kerana rawatan sauna boleh memberi banyak manfaat terhadap tubuh badan kita. Kenapa rawatan sauna boleh kurus?
Sebab yang pertama adalah rawatan sauna dapat membakar kalori yang tersedia ada di dalam lemak badan manusia. Kajian kesihatan telah menunjukkan bahawa bersauana dalam masa 30-45 minit dalam membakar kalori sebanyak 300 kalori. Ini kerana bersauna dapat mengeluarkan banyak peluh di dalam tubuh badan manusia. Sebab yang kedua kenapa bersauna boleh kurus adalah detoksifikasi. Haba yang dihasilkan oleh mesin sauna dapat mengeluarkan toksin yang berada di dalam kulit manusia melalui peluh yang dikeluakan. Ini kerana makanan yang tidak sihat adalah toksin yang terdapat dalam badan manusia.
Rawatan Sauna juga dapat menghasilkan kulit yang sihat dan juga berseri. Ini kerana ketika rawatan sauna dijalankan aliran darah akan mengalir dan menghantar nutrien yang sihat ke seluruh kulit wajah anda. Selain itu, rawatan sauna juga menjadikan badan lebih bertenaga. Ini kerana rawatan sauna mengeluarkan toksin-toksin yang teruk di dalam badan. Ini menjadikan badan kita lebih segar selepas bersauna. Dan akhir sekali, bersauna sangat di sarankan untuk ibu bersalin. Ini kerana rawatan sauna selepas bersalin dapat menyebuhkan luka-luka dalaman.
Kepada yang nak kurus tunggu apa lagi? Jom bersauna.