“Langit tak selalunya cerah”, itu la antara perumpaaan yang sering kita dengar dalam kehidupan kita sebagai manusia. Sama seperti keadaan yang dialami oleh Najwa (Bukan nama sebenar) yang dahulu merupakan seorang pemain bola jaring wanita. Bola jaring merupakan punca rezeki utama untuk Najwa. Namun, sejak dua tahun lepas dia tidak dapat bermain semula kerana mengalami kecederaan pada “Anterior Cruciate Ligament” (ACL). Najwa telah menjalani pembedahan “Anterior Cruciate Ligament Reconstruction”. Doktor menasihatkan Najwa agar meninggalkan dunia bola jaring demi kesihatannya sendiri.Najwa sangat sedih kerana baginya bola jaring adalah sebahagian daripada dirinya. Namun, kerana memikirkan tentang kesihatan dirinya Najwa akur untuk meninggalkan sukan tersebut.
“Anterior Cruciate Ligament Injury” atau kecederaan ACL adalah koyak atau kekejangan ligamen anterior cruciate (ACL) yang merupakan salah satu ligamen utama di lutut. Kecederaan ACL paling kerap berlaku semasa sukan yang melibatkan berhenti secara tiba-tiba atau perubahan arah, melompat dan mendarat – seperti bola sepak, bola keranjang, bola sepak dan ski menuruni bukit.
Simptom-simptom ACL injury adalah:
- Bunyi “POP” semasa berlakunya kecederaan
- Kesakitan yang teruk dan ketidakupayaan untuk meneruskan aktiviti seharian
- Bengkak pada lutut terjadi dengan cepat
- Lutut tidak stabil apabila berjalan (Cenderung untuk jatuh ketika berjalan)
Rawatan fisioterapi di Kapas Beauty Spa dapat membantu mengurangkan sakit dan membolehkan anda berjalan tanpa tongkat selepas membuat pembedahan “Anterior Cruciate Ligament Reconstruction” . Antara rawatan fisioterapi di Kapas Beauty Spa untuk individu yang mempunya masalah “Acl reconstruction” atau “ACL Injury” adalah:
- Cold Therapy
- Circulatory Exercise
- Mobilizing Exercise
- Strengthening Exercise
“Allah S.W.T Tidak Akan Menguji Hambanya Lebih Daripada Kemampuan Hambanya.”