MANICURE adalah perkara utama bagi wanita agar kuku mereka kelihatan cantik. Ada yang berpendapat bahawa, manicure ini adalah satu perbuatan yang sanagt membazir kerana manicure hanya boleh di lakukan di spa kecantikkan sahaja. Jawapannya adalah TIDAK. Kerana manicure juga boleh dilakukan di rumah sahaja. Hanya perlu tahu cara yang betul dan bahan yang lengkap sahaja.
Jadi bahan-bahan yang diperlukan untuk servis manicure adalah pembersih kuku, penggilap kuku, pengetip kuku, minyak bayi gula dan buffing block. Bahan-bahan tersebut anda boleh dapatkan dengan harga yang murah tak perlu nak beli yang “high-end” pun. Jadi jom kita mulakan dengan cara-cara untuk membuat manicure:
- Bersihkan Kuku Korang
Gunakkan nail polisher atau pembersih kuku agar lebih senang untuk meneruskan proses seterusnya. Kemudian korang gunakan ketip kuku untuk menotong kuku korang yang panjang tu.
- Rendaman Tangan
Selepas cara pertama selesai, rendam tangan selama 5 minit. Selepas itu, korang campur kan minyak bayi dan gula untuk membuat scrub tangan korang untuk pembersihan. Kemudian bilas. Korang juga boleh menggunakan cuticle untuk membersihkan atau memotong kulit lebihan yang ada pada jari.
- Gosokkan Kuku
Korang boleh gosok kuku korang menggunakan buff. Cara yang tepat adalah dari tengah hingga ke tepi. Cara ini adalah wajib untuk memastikan kuku korang rata.
- Penggilat
Dan cara yang terakhir korang boleh gunakan penggilap kuku. Gunakkan penggilap kuku untuk menampakkan kuku itu berkilat. Dan siap.
Itu adalah cara yang senang untuk membuat manicure. Senang mudah dan cepat. Selamat mencuba.