Berpologami tidak salah, tapi yang jadi salahnya apabila si suami memberikan alasan yang tidak masuk akal semata- mata untuk berpoligami tanpa menghiraukan perasaan si isteri. Sama seperti nasib Puan Laila (bukan nama sebenar) yang dimadukan hanya kerana andaian si suami yang salah terhadap dirinya. Puan Laila mempunyai masalah “Sciatica” sejak 5 bulan lepas dan sakitnya menjadi semakin serius selepas 5 bulan.
Doktor menasihatkan Puan Laila agar menjalani rawatan fisioterapi. Tapi disebabkan kesibukan bekerja Puan Laila tidak mendapatkan rawatan fisoterapi. Kini, Puan Laila tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri dengan sempurna. Suaminya mengganggap Puan Laila malas dan bertindak untuk berkahwin lagi satu hanya semata- mata untuk memuaskan nafsunya.
“Sciatica” merujuk kepada tekanan yang berlebihan di saraf Sciatica yang menyebabkan seseorang individu berasa sakit di bahagian pinggul dan kebas di belakang kaki. Saraf Sciatica merupakan saraf yang berada di antara otot piriformis di bahagian pinggul. Saraf Sciatica berfungsi mengawal otot di bahagian belakang kaki.
Simptom- simptom “Sciatica” seperti:
- Sakit sederhana hingga teruk di punggung bawah, punggung dan bawah kaki
- Kebas atau lemah pada otot pinggang bawah, punggung, kaki atau kaki
- Kesakitan yang bertambah buruk dengan pergerakan
- Rasa “mencucuk” di kaki, jari kaki atau kaki
Rawatan fisioterapi dapat membantu mengurangkan sakit yang dialami oleh wan dan mengelakkan sakit menjadi lebih serius. Kapas Beauty Spa menyediakan rawatan fisioterapi seperti:
- “Neural Glide Exercise”
- Stretching Exercise
- TENS
- Hot Therapy
“Jangan Ambik Hak Orang Lain Jika Tak Sanggup Kehilangan Hak Sendiri”