Warning: Undefined array key "inner_tab" in /home/kapasbea/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/controls-stack.php on line 672

Warning: Undefined array key "inner_tab" in /home/kapasbea/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/controls-stack.php on line 672

Warning: Undefined array key "inner_tab" in /home/kapasbea/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/controls-stack.php on line 672

Warning: Undefined array key "inner_tab" in /home/kapasbea/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/controls-stack.php on line 672

Warning: Undefined array key "inner_tab" in /home/kapasbea/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/controls-stack.php on line 672

Warning: Undefined array key "inner_tab" in /home/kapasbea/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/controls-stack.php on line 672

Punca Kegatalan Selepas Mencukur Bulu Di Bahagian Badan

Januari 3, 2023

BILA time nak cukur je mesti tak suka kan? Mana tidak nya selepas mencukur je mesti terasa gatal, betul tak? Tak kira di bahagian mana pun tetap terasa perkara yang sama. Bila dah gatal tu buatkan kita rasa tak selesa.

Picture of Mr. Kapas

Mr. Kapas

Kongsi

BILA time nak cukur je mesti tak suka kan? Mana tidak nya selepas mencukur je mesti terasa gatal, betul tak? Tak kira di bahagian mana pun tetap terasa perkara yang sama. Bila dah gatal tu buatkan kita rasa tak selesa. Tambah pula, ia menyerang ketika kita berada di luar rumah. Jom kami kongsikan dengan anda antara punca atau sebab kegatalan selepas mencukur bulu di bahagian bulu badan. Baca blog ini sampai habis untuk ketahui sebab tersebut.

               Jadi punca yang pertama adalah anda mencukur tanpa menggunakan krim pencukur. Krim pencukur bukan sahaja membantu proses mencukur bulu anda, malah ia bertindak sebagai pelindung untuk melindungi kulit kita dari goresan pisau cukur yang boleh buatkan kulit terasa terbakar. Yang kedua, menggunakan pencukur yang lama dalam proses mencukur bulu badan. Ini selalu dilakukan oleh semua individu, tidak kira wanita atau lelaki. Tahukah anda pisau cukur juga mempunyai jangka hayat nya tersendiri. Akan tetapi, ia sebenarnya bergantung kepada mata pisau itu sendiri. Jika ia berada dalam keadaan yang tajam ia masih boleh digunakan. Jika anda masih menggunakan pisau cukur yang lama dan tumpul, ia boleh menjadikan kulit anda ruam dan gatal. Jadi sentiasa pastikan pisau cukur anda berada dalam keadaan optimum.

               Bukan itu sahaja, bercukur dalam keadaan yang salah adalah punca anda terasa gatal selepas mencukur. Ini kerana, bercukur mengikut arah bulu bertujuan untuk mengelakan anda terkena razor burn. Razor burn adalah masalah seperti ruam merah yang menjadi kegatalan dan keradangan. Ini akan menyebabkan anda terasa terbakar kulit selepas mencukur. Jadi berhati-hati, jika anda ingin melakukan proses pencukuran pada bulu badan. Razor burn ini boleh berlaku pada mana bahagian bulu badan. Dan punca yang terakhir sekali, anda mencukur dengan terlalu cepat. Proses pencukuran dengan cepat boleh menyebabkan bulu anda tidak sekata dan ini menjadikan anda terasa gatal dan tidak selesa selepas pencukuran.

               Bercukur menyebabkan anda perlu mengambil masa yang sangat lama untuk lakukan proses tu? Bukan itu sahaja, kulit anda mudah luka lepas proses pencukuran? Kami satu jalan penyelesaian untuk anda. “Apa jalan tersebut?” Service waxing di Kapas Beauty Spa lah. Tahukah anda service waxing dapat melambat proses penumbuhan bulu badan anda, tidak mengambil masa yang sangat lama and yang paling menarik anda tidak sakit ketika proses waxing tersebut. Yang paling menarik adalah dapat menjaga kulit anda daripada terkena daripada bacteria selepas proses proses pembuangan bulu badan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi team kapas untuk maklumat mengenai service waxing. Atau anda boleh laman web anda ke bahagain waxing untuk ketahui maklumat lanjut.

               Ini adalah antara pekongsian kami kepada anda mengenai punca kegatan pada bahagian bulu badan selepas proses pencukuran. Kami harap perkongsian kami memberi manfaat kepada anda. Jika anda sudah sampai ke bahagian ini, anda sudah berada di garisan penamat blog ini. Ribuan terima kasih kepada anda kerana mengisi masa lapang anda dengan membaca blog ini sehingga habis. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa di dalam lindungan yang maha esa. Share blog ini kepada kawan anda yang sering mengalami masalah kegatalan pada bulu badan.

Rawat Badan, Rehat Minda Di Kapas Beauty Spa

Kongsi

Artikel lain yang anda patut tahu…

Super Tips Untuk Kulit Sentiasa Bersih

KEBERSIHAN dan kecantikan adalah nadi utama untuk semua wanita yang memang tidak di nafikan lagi. Ramai yang masih ingat, product adalah satu satunya cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.

Februari 27, 2023

“Ehh Ada Beza Ke Waxing Dengan Shave Ni? Tengok Sama Je!”

RAMAI yang masih tak tahu yang sebenarnya service waxing ni banyak kebaikan untuk kita tau. Ni masih lagi guna pisau cukur atau shaver yang dah hampir karat tu untuk bersih bulu di badan tu.

Februari 25, 2023

Katakan Tidak Kepada Ubat-Ubatan Untuk Masalah Migraine

SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja

Februari 23, 2023

Pakej Tun Teja…Apa Tu? Nama Orang Ke?

BANYAK kami terima soalan daripada klien mengenai pakej Tun Teja. Jom kami explain dengan anda mengenai pakej tun teja dan sejarah serba sedikit mengenai tun teja. Bila dengar macam pelik kan sebab nama tun teja adalah di dalam sejarah.

Februari 21, 2023

Bedak Sejuk Dan Timun Ada Kebaikan Untuk Kulit Muka Rupanya, Ingatkan Mitos

MESTI ramai yang selalu nampak dan dengar kan, nak kulit cantik apply timun dan bedak sejuk pada muka? Alah mak-mak kita selalu buat macam tu. Tapi di zaman modern ini,

Februari 19, 2023

Urutan Kaki Sesuai Untuk Ibu Mengandung? Kenapa?

BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni.

Februari 17, 2023

Tak Tahu Pakej Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Jawab kuiz Kapas Beauty Spa untuk mengetahui pakej sesuai untuk anda. Hanya 5 minit sahaja untuk tahu servis yang diperlukan

E-Book Percuma

5 Tips Wajib Penjagaan Kulit Di Rumah