“Aduhh! Sakit nya badan aku ni! Asal duduk lama je mesti kena macam!”-Ila
ANDA sering menghadapi situasi seperti di atas? Kami faham masalah anda tu, kami pun selalu kena juga. Mana tidak nya duk menghadap laptop dan computer berjam-jam confirm sakit badan. Bila dah selalu sakit badan mesti buatkan kita tak selesa untuk bekerja kan? Jom kami kongsikan dengan anda tips untuk elak sakit badan di tempat kerja supaya anda kembali productive ketika bekerja. Nak tahu tips penuh baca blog ini sampai habis.
Tips untuk elak sakit badan yang pertama, adalah jaga posture badan anda dengan baik. Posture badan yang baik adalah amat penting untuk kesihatan kita. Masih ramai lagi yang masih tidak peka dengan kesejahteraan posture badan kita. Apabila posture badan kita di jaga dengan baik dan betul, ia membolehkan kita bekerja dalam masa yang lebih lama tanpa rasa sakit. Kedua, anda boleh lakukan senaman dan regangan untuk membantu ketegangan pada badan anda. Badan kita sakit ketika bekerja adalah di sebabkan otot badan kita tegang. Mengikut salah sebuah blog tempatan, ini adalah beberapa senaman yang anda boleh lakukan untuk mengelakan otot tegang di tempat kerja;
- Bangun dari tempat kerja anda dan berjalan sebanyak 3 atau 4 lanngkah jauh dari meja kerja anda.
- Bengkokkan badan ke arah meja sebanyak 90 darjah
- Kemudian, letakan tangan anda di atas meja dan pandang ke lantai
- Kekalkan posisi tersebut selama 20 saat
Selain barang sokongan juga penting untuk mengelakan badan anda sakit di tempat kerja. Posture belakang antara tulang yang paling penting dalam badan kita. Dengan menjaga posture tulang belakang kita, boleh meletakan bantal sokongan di belakang kerusi kita untuk memastikan tulang belakang sentiasa berada dalam keadaan baik. Dan tips yang terakhir untuk elak sakit badan di tempat kerja jangan membongkok ketika melakukan kerja. Membongkok ketika membuat kerja, akan memberikan tekanan pada bahagian belakang dan tahu. Ini akan menyebabkan anda akan merasa sakit badan ketika bekerja. Ini adalah sedikit sebanyak tips untuk elak sakit badan ketika berada di tempat kerja.
Bagi yang masih belum mengetahui lagi, di Kapas Beauty Spa kami ada menyediakan rawatan physiotherapy untuk anda yang sering mengalami masalah seperti tulang dan otot. Di Kapas Beauty Spa, kami mempunyai physiotherapist yang bertauliah yang boleh membantu untuk selesaikan masalah tersebut. Untuk sebarang pertanyaan mengenai physiotherapy anda boleh whatsapp team kapas untuk maklumat lanjut.
Jika anda sudah sampai di bahagian ini, itu tanda anda untuk di akhir blog ini. Setakat sahaja, perkongsian kami mengenai tips untuk elak sakit badan di tempat kerja. Semoga perkongsian kami memberi manfaat kepada kehidupan harian anda. Jika anda mempunyai keluarga atau kawan yang mempunyai masalah yang sama seprti, boleh kongsikan blog ini kepada mereka. Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana, mengisi masa lapang anda dengan membaca artikel ini. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan yang maha esa. Akhir kata, rawat badan rehat minda di Kapas Beauty Spa.
