Bahan Yang Merbahaya Dalam Alat Make-Up Yang Boleh Merosakan Kulit Anda

Februari 9, 2023

MAKE-UP adalah perkara yang sinonim dengan kaum hawa untuk sentiasa nampak cantik dan fresh kan? Daripada yang kecil sampai yang besar semua ada. Bahkan dalam setiap beg wanita ada 1 atau 2 alat make-up yang wajib ada dalam hand-beg tu. Jangan tipu

Picture of Mr. Kapas

Mr. Kapas

Kongsi

MAKE-UP adalah perkara yang sinonim dengan kaum hawa untuk sentiasa nampak cantik dan fresh kan? Daripada yang kecil sampai yang besar semua ada. Bahkan dalam setiap beg wanita ada 1 atau 2 alat make-up yang wajib ada dalam hand-beg tu. Jangan tipu, sebab kami pun ada juga! Tetapi sebelum membeli alat make-up tersebut pastikan anda memeriksa bahan utama sebelum membeli. Ini kerana, banyak bahan yang digunakan dalam alat make-up boleh merosakan kulit anda. Jadi jom, kami kongsikan dengan anda antara bahan yang boleh merosakan kulit anda. Baca blog ini sehingga habis untuk anda ketahui bahan alat make-up yang bahaya untuk kulit anda.

               Bahan yang merbahaya untuk kulit anda di dalam alat make-up adalah Parabens. Paraben ini sering ditemui dalam pelbagai product kecantikan. Paraben adalah bahan pengawet yang digunakan untuk memastikan dalam alat solekan sentiasa segar dan bebas kuman. Kesan daripada paraben ini mengakibatkan menggangu fungsi reproduktif dan otak. Ada kajian menunjukan bahawa, penggunaan paraben dalam alat make-up dapat mengakibatkan kanser payudara. Kerana paraben mampu meniru sel estrogen yang boleh mencetuskan pembahagian sel yang berlebihan dalam payudara. Bahan kedua yang terdapat dalam alat solek adalah phthalates. Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan oleh tujuan ketahanan sesuatu product. Bahan tersebut banyak digunakan dalam pengilat kuku, minyak wangi dan sebagai nya. Ia adalah toxin untuk sistem pembiakan dan perkembangan dalam badan manusia. Bahan kimia yang ketiga terdapat dalam alat make-up adalah wangian. Seperti yang ramai tahu, wangian terdapat dalam product penjagaan kulit seperti minyak wangi, pelembap dan sebagai nya. Tetapi bahan kimia boleh menyebabkan gangguan pernafasan, alahan dan mempunyai kesan sampingan dalam sistem pembiakan.

               Ini adalah antara perkongsian kami mengenai bahan kimia yang terdapat alat make-up yang boleh merbahayakan kulit kita. Sebenarnya, banyak lagi bahan yang sangat bahaya yang diletakan dalam alat solek. Kami harap perkongsian kami kali ini memberi manfaat kepada kehidupan seharian anda. Nasihat kami kepada anda, sebelum membeli pastikan anda check dulu sebelum membeli. Elak product yang mempunyai bahan kimia di dalam product tersebut.

Kongsi

Artikel lain yang anda patut tahu…

Super Tips Untuk Kulit Sentiasa Bersih

KEBERSIHAN dan kecantikan adalah nadi utama untuk semua wanita yang memang tidak di nafikan lagi. Ramai yang masih ingat, product adalah satu satunya cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.

Februari 27, 2023

“Ehh Ada Beza Ke Waxing Dengan Shave Ni? Tengok Sama Je!”

RAMAI yang masih tak tahu yang sebenarnya service waxing ni banyak kebaikan untuk kita tau. Ni masih lagi guna pisau cukur atau shaver yang dah hampir karat tu untuk bersih bulu di badan tu.

Februari 25, 2023

Katakan Tidak Kepada Ubat-Ubatan Untuk Masalah Migraine

SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja

Februari 23, 2023

Pakej Tun Teja…Apa Tu? Nama Orang Ke?

BANYAK kami terima soalan daripada klien mengenai pakej Tun Teja. Jom kami explain dengan anda mengenai pakej tun teja dan sejarah serba sedikit mengenai tun teja. Bila dengar macam pelik kan sebab nama tun teja adalah di dalam sejarah.

Februari 21, 2023

Bedak Sejuk Dan Timun Ada Kebaikan Untuk Kulit Muka Rupanya, Ingatkan Mitos

MESTI ramai yang selalu nampak dan dengar kan, nak kulit cantik apply timun dan bedak sejuk pada muka? Alah mak-mak kita selalu buat macam tu. Tapi di zaman modern ini,

Februari 19, 2023

Urutan Kaki Sesuai Untuk Ibu Mengandung? Kenapa?

BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni.

Februari 17, 2023

Tak Tahu Pakej Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Jawab kuiz Kapas Beauty Spa untuk mengetahui pakej sesuai untuk anda. Hanya 5 minit sahaja untuk tahu servis yang diperlukan

E-Book Percuma

5 Tips Wajib Penjagaan Kulit Di Rumah