Sebelum Bersukan Perlu Stretching Dulu, Kalau Tidak…..

Februari 11, 2023

MESTI pernah dengar ayat ni kan? “Sebelum bersukan kena lah buat regangan dulu” Tapi masih yang tak praktikan sebelum bersukan perlu buat regangan dahulu. Betul tak? Alasan “Alaa..tadi dah berjalan tu dah kira stretching lah”

Picture of Mr. Kapas

Mr. Kapas

Kongsi

MESTI pernah dengar ayat ni kan? “Sebelum bersukan kena lah buat regangan dulu” Tapi masih yang tak praktikan sebelum bersukan perlu buat regangan dahulu. Betul tak? Alasan “Alaa..tadi dah berjalan tu dah kira stretching lah” Tahu tak stretching ni sangat penting tau sebelum kita memulakan senaman. Mengikut salah sebuah blog kesihatan terdapat 3 jenis stretching yang boleh di lakukan sebelum bersukan, iaitu regangan dinamik, regangan balistik dan regangan static. Tidak kira mana pun yang anda pilih antara ketiga-tiga tersebut, asalkan anda melakukan stretching sebelum bersukan. Jika anda tidak melakukan senaman sebelum bersukan, anda mungkin berisiko untuk mendapat sakit sendi, ketegangan dan mungkin kerosakan otot. Tak bersembang panjang lagi, jom kami kongsikan kepada anda sebab kenapa kita perlu melakukan stretching atau regangan sebelum bersukan. Baca blog ini sampai habis untuk ketahui maklumat penuh.

               Sebab yang pertama adalah meningkatkan peraliran darah. Pengaliran darah yang baik dapat menjadikan otot anda supaya bersedia untuk melakukan activity berat. Sebab yang kedua kenapa regangan perlu dilakukan sebelum bersukan adalah, meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan. Dengan regangan sebelum bersukan yang betul dapat melonggarkan otot dan tendon anda sebelum bersukan. Ini dapat meningkatkan fleksibiliti dan julat pergerakan semasa senaman. Selain itu, regangan sebelum bersukan dapat menjadikan prestasi anda bertambah baik. Regangan sebelum bersukan dapat memberi signal kepada otot anda untuk bersedia, sekaligus ia memastikan anda bersukan tanpa sebarang masalah. Sebab yang keempat, kenapa anda perlu melakukan regangan sebelum bersukan adalah, mengurangkan risiko kecederaan. Dengan melakukan regangan atau stretching dapat meningkatkan kadar oksigen dan hormon di dalam badan pada bahagian otot, sekaligus ia membantu untuk melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko kekejangan.

               Sebab yang kelima kenapa kita perlu melakukan regangan sebelum bersukan adalah dapat merangsang peningkatan pergerakan otot. Dengan melakukan regangan otot dapat menjadi lebih efisen dan lebih teratur. Bukan sahaja itu, ia juga dapat mengurangkan risiko kekejangan otot dengan, dibekalkan oksigen dan elektrolit dari penyaluran darah. Dan sebab yang terakhir adalah dapat mengaktifkan mekanisme pelepasan haba badan. Dengan regangan liang roma di badan akan terbuka untuk memudahkan proses penyejukan badan. Dan peningkatan suhu otot dapat merangsang proses penyejukan otot

               Sekadar untuk maklumat kepada anda, di Kapas Beauty Spa kami mempunyai rawatan fisioterapi khas untuk yang mengalami masalah otot atau tulang. Yang menarik nya, fisioterapi kami semua nya bertauliah dalam ilmu fisioterapi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh whatsapp team kapas untuk mendapat consultasi secara percuma mengenai sakit anda. Jangan risau tiada charge tambahan jika anda ingin membuat consultation mengenai sakit anda.

               Itu adalah sedikit sebanyak perkongsian kami, mengenai kenapa perlu stretching sebelum bersukan. Ingat lakukan regangan sebelum bersukan, jangan main redah jer. Bahaya tau! Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda, sudi mengisi masa lapang anda dengan membaca blog yang di tulis oleh kami. Kami harap perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada kehidupan seharian. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa. Akhir kata, rawat badan rehat minda.

Kongsi

Artikel lain yang anda patut tahu…

Super Tips Untuk Kulit Sentiasa Bersih

KEBERSIHAN dan kecantikan adalah nadi utama untuk semua wanita yang memang tidak di nafikan lagi. Ramai yang masih ingat, product adalah satu satunya cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.

Februari 27, 2023

“Ehh Ada Beza Ke Waxing Dengan Shave Ni? Tengok Sama Je!”

RAMAI yang masih tak tahu yang sebenarnya service waxing ni banyak kebaikan untuk kita tau. Ni masih lagi guna pisau cukur atau shaver yang dah hampir karat tu untuk bersih bulu di badan tu.

Februari 25, 2023

Katakan Tidak Kepada Ubat-Ubatan Untuk Masalah Migraine

SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja

Februari 23, 2023

Pakej Tun Teja…Apa Tu? Nama Orang Ke?

BANYAK kami terima soalan daripada klien mengenai pakej Tun Teja. Jom kami explain dengan anda mengenai pakej tun teja dan sejarah serba sedikit mengenai tun teja. Bila dengar macam pelik kan sebab nama tun teja adalah di dalam sejarah.

Februari 21, 2023

Bedak Sejuk Dan Timun Ada Kebaikan Untuk Kulit Muka Rupanya, Ingatkan Mitos

MESTI ramai yang selalu nampak dan dengar kan, nak kulit cantik apply timun dan bedak sejuk pada muka? Alah mak-mak kita selalu buat macam tu. Tapi di zaman modern ini,

Februari 19, 2023

Urutan Kaki Sesuai Untuk Ibu Mengandung? Kenapa?

BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni.

Februari 17, 2023

Tak Tahu Pakej Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Jawab kuiz Kapas Beauty Spa untuk mengetahui pakej sesuai untuk anda. Hanya 5 minit sahaja untuk tahu servis yang diperlukan

E-Book Percuma

5 Tips Wajib Penjagaan Kulit Di Rumah