Kawan Berjauhan Disebabkan Badan Anda Berbau? Ini Solusi Nya…

Februari 15, 2023

MESTI pernah berhadapan dengan situasi di atas kan? Bila bau badan menyebabkan kawan berjauhan dengan kita betul tak? Di sebabkan itu, keyakinan anda menjadi berkurangan di sebabkan bau badan anda sendiri.

Picture of Mr. Kapas

Mr. Kapas

Kongsi

“Eii bau apa ni? Busuk weyhh!”-Kawan tempat kerja

“Alamak bau aku lah! Macam mana ni!”- Bisik anda di dalam hati

               MESTI pernah berhadapan dengan situasi di atas kan? Bila bau badan menyebabkan kawan berjauhan dengan kita betul tak? Di sebabkan itu, keyakinan anda menjadi berkurangan di sebabkan bau badan anda sendiri. Jom kami share tips untuk hilangkan bau badan supaya anda tidak di pulau kan oleh kawan anda lagi. Tapi sebelum kami nak share dengan anda antara atau penyebab badan anda sering berbau. Jadi jom. Faktor yang pertama adalah pemakanan. Pemakanan yang tidak sihat dan seimbang boleh menyebabkan badan anda berbau. Faktor yang kedua adalah perubahan hormone. Ini sering berlaku kepada kita, tambah untuk wanita kerana hormon sering berubah-ubah. Dan yang terakhir adalah tekanan yang berlebihan. Macam kami cakap mengenai perubahan hormon, bila anda stress hormon anda akan berubah dan menyebabkan badan berbau. Habis mengenai punca atau sebab kenapa anda sering mengalami bau badan, jadi jom kita masuk kepada cara untuk mencegah bau badan.

               Cara untuk mencegah bau badan yang pertama adalah mandi sekurang-kurang nya 2 kali sehari. Dengan melakukan mandian, anda dapat membersihkan badan anda daripada kotoran yang terdapat pada bahan anda yang menyebabkan bau badan. Dalam masa yang sama ia dapat memberi kesegaran kepada anda. Sedikit tips, focuskan di tempat yang mengeluarkan bau badan. Sebagai contoh, pada bahagian ketiak anda. Cara yang kedua untuk mencegah bau badan adalah kawal pemakanan anda. Seperti yang kami cakap tadi, makanan adalah punca badan anda berbau. Amalkan diet yang seimbang dan banyakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan anda. Mandian herba adalah salah satu alternative untuk anda mencegah bau badan. Seperti mana yang kita ketahui, herba antara bahan yang mempunyai banyak khasiat untuk badan kita. Jadi, anda boleh lakukan mandian herba di rumah mahupun di spa yang terdekat. Dan cara yang terkakhir yang anda boleh lakukan adalah lakukan armpit waxing. Ini kerana, kebanyakan kes bau badan adalah perpunca daripada bulu yang terdapat di ketiak anda.

               Pada anda yang tidak berkesampatan untuk lakukan 2 cara yang kami cakapkan tu, kami boleh bantu anda. Sebab apa, di Kapas Beauty Spa adalah menyediakan mandian herbal dan armpit waxing untuk anda. Focus kami adalah untuk memastikan wanita yang datang, untuk rawat badan mereka dan rehatkan minda mereka. Bukan sahaja 2 service itu sahaja, kami mempunyai bermacam-macam service khas untuk anda. Untuk maklumat lanjut mengenai 2 service tersebut atau service-service yang lain, anda boleh whatsapp team Kapas untuk maklumat lanjut.

               Ini antara cara untuk mencegah badan yang boleh kongsikan kepada anda. Jika anda sudah sampai ke bahagian ini bermakna, anda sudah berada di pengakhiran blog ini. Kami harap perkongsian kami ini mampu memberi manfaat kepada kehidupan seharian anda. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengisi masa lapang anda dengan membaca blog yang ditulis kami. Hanya doa daripada kami mampu membalas kebaikan anda. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa. Sekian terima kasih. Akhir kata, rawat badan rehat minda.

Kongsi

Artikel lain yang anda patut tahu…

Super Tips Untuk Kulit Sentiasa Bersih

KEBERSIHAN dan kecantikan adalah nadi utama untuk semua wanita yang memang tidak di nafikan lagi. Ramai yang masih ingat, product adalah satu satunya cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.

Februari 27, 2023

“Ehh Ada Beza Ke Waxing Dengan Shave Ni? Tengok Sama Je!”

RAMAI yang masih tak tahu yang sebenarnya service waxing ni banyak kebaikan untuk kita tau. Ni masih lagi guna pisau cukur atau shaver yang dah hampir karat tu untuk bersih bulu di badan tu.

Februari 25, 2023

Katakan Tidak Kepada Ubat-Ubatan Untuk Masalah Migraine

SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja

Februari 23, 2023

Pakej Tun Teja…Apa Tu? Nama Orang Ke?

BANYAK kami terima soalan daripada klien mengenai pakej Tun Teja. Jom kami explain dengan anda mengenai pakej tun teja dan sejarah serba sedikit mengenai tun teja. Bila dengar macam pelik kan sebab nama tun teja adalah di dalam sejarah.

Februari 21, 2023

Bedak Sejuk Dan Timun Ada Kebaikan Untuk Kulit Muka Rupanya, Ingatkan Mitos

MESTI ramai yang selalu nampak dan dengar kan, nak kulit cantik apply timun dan bedak sejuk pada muka? Alah mak-mak kita selalu buat macam tu. Tapi di zaman modern ini,

Februari 19, 2023

Urutan Kaki Sesuai Untuk Ibu Mengandung? Kenapa?

BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni.

Februari 17, 2023

Tak Tahu Pakej Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Jawab kuiz Kapas Beauty Spa untuk mengetahui pakej sesuai untuk anda. Hanya 5 minit sahaja untuk tahu servis yang diperlukan

E-Book Percuma

5 Tips Wajib Penjagaan Kulit Di Rumah