SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja. Rata-rata di antara kita sering mengalami migraine ni kan? Jangan cakap anda kami pun selalu di serang oleh si-migraine ni. Terdapat 2 jenis penyakit migraine iaitu, migraine classic dan juga migraine biasa. Untuk migraine classic ini anda mempuyai tanda awal sebelum ia datang menyerang. Antara tanda awal adalah kilauan cahaya, garisan zigzag, pening. Manakala untuk migraine biasa pula, sakit ini datang menyerang secara tiba-tiba. Dan ini sering di alami oleh kaum wanita. Jom kami kongsikan dengan anda tips mencegah migraine tanpa bergantung kepada ubat-ubatan.
Tapi sebelum kita ke tips atau cara untuk selesaikan nya, kami ingin kongsikan kepada antara punca masalah migraine sering berlaku. Punca yang pertama adalah tidak mendapatkan tidur yang berkualiti. Punca ini sering dihadapi oleh semua individu. Perasan tak, jika tidak mendapatkan tidur yang mencukupi akan menjurus kita kepada sakit kepala yang berulang atau migraine. Punca yang kedua adalah terlampau banyank caffeine di dalam badan. Kopi bertindak sebagai diuretic dalam dos yang tinggi di dalam badan ia boleh boleh menyebabkan dehidrasi. Dan dehidrasi juga punca migraine sering berlaku. Dan punca yang kedua adalah perubahan hormone. Ini sering di alami oleh kaum wanita. Ada 3 tahap untuk para wanita akan alami ketika perubahan hormone iaitu, ketika datang bulan, kehamilan dan juga menopaus. Ini antara punca atau sebab sering berlaku nya masalah migraine. Dah jom kita ke cara untuk tangani masalah migraine ni pula.
Cara yang pertama, anda cuba untuk basah kan kepala anda. Anda boleh basahkan keseluruhan rambut dari hujung hingga ke kulit kepala. Kami cadangan kepada anda untuk mandi ketika migraine datang menyerang. Ini dapat menyejukan kepala yang panas yang berpunca daripada migraine. Dan petua ini sering dilakukan oleh masyarakat cina apabila mereka terasa migraine. Cara yang kedua cuba amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Macam kami katakan tadi, caffine yang berlebihan di dalam badan menyebabkan migraine datang menyerang. Jadi elakan caffeine yang berlebihan dan sentiasa amalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang sihat menjurus kepada kehidupan dan badan yang sihat. Cara yang ketiga anda boleh menggunakan teknik aromaterapi. Seperti ramai yang tahu, minyak aromaterpi dapat membantu untuk mengurangkan masalah migraine, kerana bau yang membuatkan anda tenang ketika menyapu ke bahagian kepala. Ini adalah 3 cara yang anda boleh cuba lakukan jika migraine datang menyerang. Selamat mencuba
Di Kapas Beauty Spa kami ada 2 tawaran untuk anda yang mengalami masalah migraine. Yang pertama adalah urutan kepala, leher dan bahu. Pada yang sering mengalami masalah migraine, urutan ini adalah sesuai untuk anda. Sebab kami akan focuskan kepada bahagain kepala dan leher kerana di situ lah spot migraine berlaku. Dan yang kedua adalah minyak rimbun atau bayu. Seperti yang kami cakap tadi, minyak aromaterapi adalah salah satu cara untuk selesaikan masalah migraine. Minyak rimbun atau bau mempunyai element aromaterapi yang membantu untuk mengurangkan masalah migraine anda. Apa yang menarik nya, minyak ini juga diguna pakai dalam urutan kerana khasiat nya yang tinggi untuk badan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh whatsapp team kapas untuk pertanyaan lanjut.
Jika anda sampai ke bahagian ini bermakna anda berada di penghujung blog ini. Kami ucapakan terima kasih kepada anda kerana sudi mengisi masa lapang anda dengan membaca blog yang tulis oleh kami. Kami doakan anda sentisa di murahkan rezeki dan di dalam lindungan yang maha esa. Sekian terima kasih. Akhir kata, rawat badan rehat minda di Kapas Beauty Spa.