MESTI jealous kan tengok orang lain ada kulit cantik and lembut jer. Bila tengok kita ni dah lah tak lembut, kotor pulak tu. Mesti pelik kan satu hari mandi sampai 3-4 kali pun masih lagi tak dapat kulit yang gebu? Yelah kan, kita ni wanita bab kecantikan dan kebersihan paling utama. Kalau tak macam mana jejaka kat luar sana nak suka kita kan? Cewaahh…ha balik pada cerita kita ni, itu tanda nya anda perlu lakukan scrub badan tau. Scrub badan ni sangat penting tau. Sekurang-kurang nya 2 bulan sekali kena buat scrub badan. Nak tahu apa kelebihan scrub badan? Jom kami kongsikan dengan anda.
Kelebihan yang pertama, dapat memastikan kulit kita sentiasa bersih dan halus. Bila kita lakukan scrub segalan kotoran pada kulit kita semua keluar. Ha tu yang tengok orang lain ada kulit lembut jer, sebab diaorang buat scrub lah tu. Jadi kalau nak kulit halus dan bersih tu rajin-rajin lah buat scrub badan tu. Ha kelebihan yang kedua adalah dapat menanggalkan sel-sel kulit mati pada badan kita. Tahu tak setiap minit badan kita ni hasil kan 50,000 ribu sel kulit mati. Fuuhh banyak tu. Jadi dengan service body scrub ni dapat buang segalan sel kulit mati pada badan kita tau. Best kan body scrub ni. Kami pun suka buat body scrub. Nak tahu banyak lagi kelebihan body scrub? Boleh sambung baca sampai habis.
Yang baca ni mesti dah tertanya-tanya kan apa kelebihan body scrub lagi kan? Okay body scrub ni dapat juga mengembalikan warna kulit yang tak sekata tau. Tapi syarat untuk kembalikan warna kulit tu. Anda perlu konsisten untuk lakukan nya tau. Kalau anda konsisten baru nampak result tu. Yang nak kembalikan warna kulit tu boleh cuba body scrub. Kalau nampak hasil boleh DM kami dengan ig share result tersebut. Kami tak sabar nak dengar feedback daripada anda. And kelebihan yang terakhir sekali dapat menghilangkan bau badan and berpeluh yang berbau. Mana tidak nya daki yang terkumpul tu dah di buang dengan service body scrub tu. Tambah pulak cuaca di Malaysia ni yang panas menyebabkan kita selalu berpeluh kan, memang senang lah untuk badan kita sentiasa berbau. So, bila dah dapatkan body scrub tiada lagi masalah badan berbau. Cehh. Macam iklan TV pulak. Hihihi. Itu anda sedikit kelebihan mengenai scrub badan. Ada banyak lagi tau sebenarnya kelebihan body scrub ni.
Body scrub ni korang boleh lakukan di rumah jer. Banyak garam yang boleh digunakan, Tapi antara yang banyak digunakkan adalah garam Himalaya. Tapi bagi rasa buat di rumah rumit untuk anda, boleh ke Kapas Beauty Spa. Di Kapas Beauty Spa, kami ada menyediakan service body scrub untuk anda. Nak tahu lebih lagi? Anda boleh WhatsApp kami untuk maklumat lanjut. Kami harap perkongsian kami beri manfaat kepada anda. Terima kasih kerana sentiasa membaca sampai ke bawah. Kami doakan kepada yang membaca ini sentiasa di murah kan rezeki.
