Siapa sangka suami yang sepatutnya menjadi pelindung kepada seorang isteri tetapi bertukar menjadi seorang suami durjana. Hanya kerana si isteri tidak dapat melaksakan tugasnya sebagai seorang isteri dengan sempurna kerana sakit pinggang yang dialaminya. Puan Nurin (Bukan nama sebenar) yang diceraikan suaminya selepas mengetahui dia mempunyai penyakit “Lumbar Spondylosis” yang mengakibatkannya sukar untuk bergerak.
“Lumbar Spondylosis” adalah istilah yang diberikan kepada keausan cakera tulang (Intervertebral disc) belakang lumbar (belakang bawah) yang normal. Seiring bertambahnya usia, cakera tulang belakang kehilangan kelembapan dan mengecut, tulang taji berkembang (Bone spur), dan tulang menjadi semakin lemah. Lumbar merupakan tulang belakang bahagian bawah yang terdiri daripada 5 segmen.
Kebanyakan individu yang mempunyai “Lumbar Spondylosis” jarang menunjukkan gejala selain daripada sakit di bahgian pinggang. Walaubagaimanapun terdapat beberapa simptom yang dapat dirasai oleh pesakit “Lumbar Spondylosis”:
- Sakit belakang hingga ke kaki
- Kelemahan otot dan / atau kesemutan di bahagian belakang, punggung, kaki, dan kawasan lain yang sakit
- Kebas atau hilang deria rasa di kawasan yang sakit
“Lumbar Spondylosis” perlu disahkan sendiri oleh doktor. Kerana walaupun seseorang individu tersebut mempunyai semua gejala di atas tidak semestinya dia mempunyai masalah “Lumbar Spondylosis”. “Slipped Disc”, “Arthritis of the spine” dan “Bone Spur” juga boleh mempunyai gejala yang sama.
Rawatan fisioterapi dapat membantu mengurang sakit dan mengelakkan sakit tersebut menjadi lebih serius. Kapas Beauty Spa menawarkan rawatan fisioterapi seperti:
- Hot therapy
- Passive Accessory Movement
- Tens
- Stretching & Strengthening Exercise
- Mc Kenzie Exercise
“Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Memulaikan Isterinya”

