BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni. Tapi tahu kah anda, sebenarnya urutan kaki ni pun sesuai dan amat di sarankan ketika anda berbadan dua ni. Urutan kaki ni bukan hanya untuk yang sering sakit sahaja bahkan ibu mengandung amat di sarankan untuk lakukan. Ramai yang ingat bebadan dua tidak dicadangkan untuk lakukan urutan. Jom kami kupas bersama anda kenapa urutan kaki ini amat sesuai untuk anda yang berbadan dua. Baca blog ini sampai habis untuk ketahui maklumat lanjut.
Sebab yang pertama adalah dapat mengurangkan masalah bengkak air atau edema. Berdasarkan sebuah blog kesihatan, sebuah kajian dilakukan ke atas ibu yang sedang hamil, mendapati edema ni bahagian bawah kaki adalah normal ketika akhir kehamilan. Ini adalah di sebabkan urutan kaki yang membantu untuk mengurangkan masalah bengkak air atau edema. Berdasarkan kajian tersebut, urutan ini dilakukan setiap hari selama 20 minit. Sebab yang kedua, adalah urutan kaki ni dapat mengurangkan kemurungan dan keimbangan. Seperti ramai sedia maklum, bila kita berbadan dua ni, mood kita tidak tentu. Ini kerana proses perubahan hormone di badan sedang berlaku. Akan tetapi dengan lakukan urutan kaki dapat mengurangakn hormone yang berkaitan dengan kemurungan dan meningkatkan hormone yang baik. Para suami boleh mengambil perhatian mengenai isu ini. Urutan kaki juga boleh membantu bakal ibu, untuk mengurangkan sakit belakang dan pelvis. Ketika proses kehamilan, masalah berkaitan sakit belakang adalah masalah yang sering di hadapi oleh bakal ibu. Jadi urutan kaki boleh membantu para ibu mengurangkan masalah sakit belakang dan pelvis. Dan sebab yang terakhir adalah, meningkat kualiti tidur anda. Seperti ramai yang sedia maklum, urutan kaki ni mampu meningkatkan kualiti tidur seseorang. Sama juga, seperti bakal ibu susah mendapatkan tidur yang berkualiti di sebabkan berbadan dua. Tapi dengan mendapat urutan kaki dapat membantu, bakal ibu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Untuk pengetahuan anda, di Kapas Beauty Spa kami mempunyai urutan kaki. Bukan sahaja, untuk anda tetapi untuk bakal ibu di luar sana. Macam kami cakap tadi, itu adalah sebab kenapa bakal ibu perlu dapatkan urutan kaki. Yang menarik nya, bakal ibu boleh dapatkan urutan kaki dan ditambah dengan spa kaki lagi menarik. Urutan kaki dapat membantu bakal ibu untuk kurangkan masalah edema dan spa kaki dapat membantu para ibu untuk menjaga kaki supaya kelihatan bersih dan cantik. Para ibu di luar sana, boleh whatsapp team Kapas untuk ketahui maklumat lanjut mengenai service yang kami cakapkan tadi tu.
Jika anda susah sampai ke bahagian ini, bermakna anda sudah berada di akhir blog mengenai Kenapa urutan kaki dapat membantu ibu mengandung. Kami harap perkongsian kami dapatkan memberi manfaat kepada kehidupan seharian anda. Kongsikan blog ini kepada bakal ibu di luar sana. Dan sekalung penghargaan kepada anda kerana sudi mengisi masa lapang anda dengan membaca artikel ini sampai habis. Hanya doa yang mampu kami hadiah kan kepada anda. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa. Sekian terima kasih. Akhir kata, rawat badan rehat minda di Kapas Beauty Spa.