BILA bercakap mengenai isu berat badan semua orang amat sensitive mengenai isu tersebut. Tambah untuk wanita, berat badan adalah isu yang “hot” untuk mereka. Nak lagi best, bila kawan-kawan kita bercakap mengenai berat badan. Jangan cakap anda, kami ni pun kalau cakap mengenai berat badan pun sensitive tau. Ramai dah yang share mengenai tips berat badan tapi masih ramai lagi yang tak ikut tips tersebut. Tapi tidak mengapa, jom kami share kan dengan anda cara untuk turunkan berat badan dengan cepat. Baca artikel ni sampai habis untuk ketahui, cara tau tips untuk turunkan berat badan cepat. Jom kita mulakan.
Guys, mana ada yang cepat, semua makan masa dan proses tau. Untuk dapatkan body goals kita perlu sabar dan usaha. Takpe, jom kami share dengan cara nak dapatkan body goals anda. Yang pertama, makan makanan yang sebenar. Maksud kami makanan yang sebenar adalah makanan yang berkhasiat. Follow pyramid makanan tu. Point ini dah ramai yang kongsikan, termasuk lah kami sendiri, tapi masih ramai yang tak ikut dan amalkan. Mengikiut sebuah artikel, pada tahun 2019, sebanyak 50.1 % rakyat Malaysia mempunyai masalah berbat badan berlebihan dan 19.7 % rakyat Malaysia obesity. Takut kan tengok, angka tu dan angka tersebut semakin hari semakin bertambah, kalau tidak di bending daripada sekarang. Ini bermula daripada tindakan anda. Cara yang kedua anda boleh cuba lakukan Intermittent Fasting (IF). Intermittent Fasting adalah corak pemakanan, di mana anda menahan diri daripada pengambilan sebarang kalori dalam jangka masa yang panjang. Teknik ini adalah salah satu teknik yang anda boleh lakukan untuk dapatkan body goals dengan jangka masa yang pendek. Cara yang ketiga untuk turunkan berat badan adalah senaman. Senaman adalah cara yang sesuai untuk anda lakukan, untuk membakar kalori dan lemak di dalam badan. Kami boleh suggest dengan anda untuk lakukan senaman kardio untuk pembakaran lemak dan kalori yang cepat.
Di Kapas Beauty Spa, kami juga mempunyai pakej penurunan berat yang di panggil Lose Your Extra. Bagi yang nak alternative yang berbeza pakej Lose Your Extra memang sesuai untuk anda. Dengan ada nya herbal steam sauna yang membantu untuk turunkan berat badan anda. Bukan itu sahaja, dengan adanya urutan pecahan sel lemak dan urutan badan selulit membantu memecahkan lemak anda tanpa meningkalkan kesan “stretch mark”. Pakej Lose Your Extra juga, ada jadual pemakan untuk anda, yang di pantau oleh kami. Dah banyak yang dapat result selepas dapatkan beberapa sesi lose your extra di Kapas. Nak tahu maklumat, boleh whatsapp team untuk maklumat lanjut.
Ini adalah beberapa tips atau cara bagi anda yang ingin dapat body goals. Ramai juga akan bercakap “Alah tips ni semua orang tahu!” Tapi soalan yang kami ingin ajukan kepada anda, adakah ikut atau amalkan tips tersebut. Beribu tips yang di berikan sekalipun, kalau anda tidak jaga pemakan dan senaman result nya tetap sama. Jika anda sudah sampai ke bahagian ini, bermakna anda sudah berada di penghujung artikel ini. Kami ucapkan terima kasih kepada anda, kerana sudi mengisi masa lapang anda dengan membaca artikel ini sampai habis. Kami harap perkongsian kami ini mampu memberi manfaat kepada kehidpuan anda. Kongsikan artikel atau blog ini kepada orang yang ingin turunkan berat badan mereka. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat yang maha esa. Akhir kata, rawat badan rehat minda
