KAUM lelaki mesti stress kalau si isteri dah mula merajuk? Siapa yang dah berkahwin tahu lah kan, kalau isteri tu dah mula merajuk. Habis semua, makan tak dapat, tidur tak dapat and macam-macam lagi lah masalah. Ha tulah, siapa suruh balik lambat lagi bila lepak dengan kawan. Kan dah mendapat…hihihi. Sebenarnya, ini adalah pasang surut dalam kehidupan berumah tangga. Takpe, jom kami bantu anda untuk pujuk isteri anda ketika dalam keadaan merajuk.
Tips untuk pujuk isteri ketika merajuk yang pertama adalah, anda boleh gunakan ayat kemaafan untuk isteri anda. Gunakan lah ayat kemafaan anda yang paling untuk memujuk isteri anda yang sedang merajuk tu. Bila bercakap bermaaf-maafan ni hati manusia bertukar menjadi lembut. Jangan tunggu hari raya pulak, baru nak mintak maaf dengan isteri kita. Kadang-kadang kita perlu mengalah dalam situasi sebegini. Yang paling penting anda perlu ucapkan dengan nada yang lembut dan ikhlas. Insyallah, isteri anda akan maafkan anda. Yang kedua adalah ringan tulang untuk membantu anda. Sebagai contoh, anda boleh bantu isteri anda mengemas rumah, lipat kain baju di rumah dan sebagai nya. Dalam masa yang sama anda dapat mengurangkan beban di rumah. Para lelaki kena ingat, penat tau kalau lakukan kerja rumah ni, dengan nak masak untuk anda lagi, kemas rumah lagi dan sebagai nya. Jadi ringan kan tulang anda untuk membantu isteri anda untuk melakukan kerja rumah. Dan cara yang terakhir adalah dengan memberi hadiah. Dengan pemberian hadiah, dapat lembutkan hati isteri untuk memaafkan anda. Satu tips untuk anda, cari hadiah yang berharga dan mengikut apa yang isteri anda suka.
Ada satu tips bonus untuk anda yang ingin kami kongsikan dengan anda. Anda boleh hadiahkan isteri anda pakej body spa di Kapas Beauty Spa. Di Kapas Beauty Spa kami mempunyai 4 pakej khas untuk para wanita rehatkan diri mereka. Keempat-empat pakej tersebut adalah Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan Dang Anum. Dengan cara ini anda dapat membantu isteri anda untuk rehatkan diri mereka daripada penat bekerja dan penat melakukan kerja rumah. Macam kami cakap tadi kerja di rumah ni memang sangat penat. Kalau anda tak percaya anda boleh cuba lakukan. Bermacam-macam service yang terdapat dalam pakej tersebut yang khas membantu wanita untuk rehatkan badan. Banyak juga sang suami yang hadiahkan isteri mereka pakej body spa di Kapas Beauty Spa ni. Nak ketahui maklumat lanjut? Boleh whatsapp team kapas untuk maklumat lanjut mengenai pakej body spa.
Ini adalah antara cara yang anda boleh lakukan untuk memujuk isteri anda merajuk. Kami doakan supaya isteri anda lembut hati untuk memaafkan anda. Jika anda sampai di bahagian ini, anda sudah berada di penghujung artikel atau blog ini. Kami ucapakan ribaun terima kasih kepada anda kerana sudi mengisi masa lapang anda dengan membaca artikel ini. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan di dalam lindungan yang masa esa. Akhir kata rawat badan rehat minda.
