DALAM masyarakat tradisi melayu amat sinonim dengan mandian herbal. Ditambah pula, para ibu selepas bersalin memang digalakan untuk mandi herbal. Ini kerana mampu memberikan kesegaran dan pemulihan ketika berpantang. Tapi tahukah anda, sebenarnya untuk ibu yang bukan berpantang juga digalakan untuk melalukan mandian herbal ni. Pada zaman modern ini, masih ramai yang masih tak tahu mandian herbal ini banyak khasiat dan kelebihan untuk badan kita. Tambah untuk wanita. Takpe, jom kami kongsikan dengan anda manfaat atau kelebihan mandian herbal ini untuk badan kita. Baca blog ini sampai habis untuk ketahui kelebihan tersebut.
Jadi kebaikan yang pertama adalah proses detoksifikasi. Mandian herbal adalah salah satu proses detoks untuk badan kita. Ini kerana ketika melakukan mandian herbal, kelenjar di dalam badan kita akan mengeluarkan peluh, dan ia mempercepatkan proses nyah-toxin di dalam badan kita. Ini menjadikan mandian herbal memberikan kesan kepada detoksifikasi. Kebaikan yang kedua adalah, meningkatkan sistem imuniti badan dan meningkatkan sistem peraliran darah. Mandian herbal, meningkatkan pengaliran darah di dalam badan kita, sekaligus, membantu mengimbangkan sistem endokrin, meningkatkan imuniti badan dan mencegah pelbagai penyakit. Kebaikan yang ketiga adalah pembaikan untuk para ibu bersalin. Dengan melakukan mandian herba dapat memulihkan tenaga dengan cepat selepas bersalin. Ia menggalakan pemulihan dan pengecutan salurankan peranakan dan rahim. Dan kebaikan mandian herba yang terakhir adalah, meningkatkan tidur yang berkualiti. Mandian herbal dapat membantu menghilangkan keletihan dan melegakan saraf. Dengan ini dapat meningkatkan tidur yang berkualiti untuk badan kita.
Terdapat bermacam-macam herba yang digunakan dalam mandian. Antara bahan yang digunakan yang sering digunakan untuk mandian adalah daun limau, limau nipis, daun pandan, daun kantan dan bermacam-macam lagi. Di Kapas Beauty Spa kami ada juga menyediakan service herbal bath atau mandian herbal khas untuk anda. Seperti mana yang kami cakapkan di atas, itu adalah sebab nya kenapa anda perlu dapatkan mandian herbal. Untuk maklumat lanjut, mengenai mandian herba ini, anda boleh WhatsApp team Kapas untuk maklumat.
Jika anda sudah sampai di bahagian ini bermakna adalah pehujung kepada blog kali ini. Ini adalah sedikit sebanyak kebaikan mandian herba yang kami kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang anda boleh jumpa di dalam cik google. Kami harap perkongsian kami kali ni dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian anda. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa anda dengan membaca blog yang ditulis oleh kami. Kami doakan anda supaya sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat yang mana esa. Akhir kata, rawat badan rehat minda di Kapas Beauty Spa.
