Charcoal Facial Treatment Untuk Apa ? Jom…

February 3, 2023

ADA yang bertanya dengan team kapas mengenai salah satu rawatan muka di Kapas Beauty Spa, iaitu charcoal facial treatment.

Picture of Mr. Kapas

Mr. Kapas

Share

“Yang charcoal facial treatment ni untuk apa ya?- Klien Kapas

               ADA yang bertanya dengan team kapas mengenai salah satu rawatan muka di Kapas Beauty Spa, iaitu charcoal facial treatment. Bagi yang sering melakukan rawatan muka, treatment ini bukan lah sesuatu perkara yang baru buat anda. Akan tetapi masih ada juga yang masih tidak tahu kelebihan atau kebaikan rawatan tersebut. Tapi takpe, jom kami kongsikan dengan anda, kebaikan rawatan charcoal facial treatment ni kepada anda. Baca blog ini sampai habis untuk ketahui kebaikan rawatan muka tersebut.

Kebaikan charcoal facial treatment adalah dapat mengawal kulit muka berminyak. Kulit berminyak membolehkan liang roma tersembut dengan kotoran. Dengan ada nya arang sebagai bahan utama dapat membantu mengumpul kotoran dan minyak berlebihan yang terdapat pada muka kita. Ini dapat menjadikan kulit anda berasa segar, dan bersinar. Charcoal facial treatment juga, dapat mengurangkan blackheads yang terdapat kulit wajah kita. Blackhead adalah berpunca daripada kotoran, product atau minyak semula jadi yang dihasilkan oleh badan kita. Dengan ada nya arang atau charcoal di dalam rawatan muka tersebut, dapat membantu bersihkan secara mendalam timbunan yang berpunca daripada blackheads tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga sebagai alat pencegah untuk kulit kita daripada blackheads bertindak lebih teruk. Dan kelebihan yang terakhir adalah, dapat membantu masalah kulit berjerawat. Jerawat adalah keradangan pori-pori, selalunya disebabkan oleh pengumpulan bakteria, sel kulit mati, atau perengsa. Seperti mana yang ramai ketahui, product pemberish muka yang mempunyai bahan arang dapat membantu melegakan jerawat. Akan tetapi, jerawat boleh timbul di luar jangkaan kita, kerana perubahan hormone. Jadi dengan ada nya arang dalam bahan pembersih muka dapat memastikan muka kita dalam keadaan bersih. Akan tetapi, rawatan muka susulan juga penting untuk memastikan kulit muka kita bebas daripada jerawat.

Sedikit info untuk anda yang membaca, di Kapas Beauty Spa kami ada menyediakan rawatan muka arang atau charcoal facial treatment khas untuk anda untuk selesaikan masalah kulit anda. Ada yang berpendapat, untuk selesaikan masalah kulit, boleh ke pakar kulit atau aesthetic skin kulit. Ya kami setuju dengan mereka yang berkata sedemikian. Di Kapas Beauty Spa, kami focuskan kepada wanita yang ingin selesaikan masalah kulit mereka dan dalam masa yang sama ingin rehat badan mereka. Sering dengan motto kami “Rawat Badan Rehat Minda” untuk memastikan klien kami rehatkan badan dengan secukup nya. Bukan itu sahaja, yang menarik nya, di Kapas Beauty Spa kami mempunyai beautician yang terbangkan dari Russia untuk membantu anda mengenai masalah kulit anda. Plus, beautician kami akan consult treatment mana yang sesuai untuk anda seiring dengan masalah kulit anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh WhatsApp team kapas untuk maklumat lanjut mengenai rawatan muka. Bukan sahaja, charcoal facial treatment, ada banyak lagi treatment yang kami sediakan untuk anda.

Tahniah untuk anda kerana sudah sampai ke bahagian ini. Jika anda sudah sampai ke bahagian ini, bermakna ini adalah pengakhiran blog ini. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengisi masa lapang anda dengan membaca blog ini sampai habis. Yang selalu mengikuti perkembangan kami juga, kami ucapkan ribuan terima kasih. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa.

Share

Other articles you should know…

Super Tips Untuk Kulit Sentiasa Bersih

KEBERSIHAN dan kecantikan adalah nadi utama untuk semua wanita yang memang tidak di nafikan lagi. Ramai yang masih ingat, product adalah satu satunya cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.

February 27, 2023

“Ehh Ada Beza Ke Waxing Dengan Shave Ni? Tengok Sama Je!”

RAMAI yang masih tak tahu yang sebenarnya service waxing ni banyak kebaikan untuk kita tau. Ni masih lagi guna pisau cukur atau shaver yang dah hampir karat tu untuk bersih bulu di badan tu.

February 25, 2023

Katakan Tidak Kepada Ubat-Ubatan Untuk Masalah Migraine

SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja

February 23, 2023

Pakej Tun Teja…Apa Tu? Nama Orang Ke?

BANYAK kami terima soalan daripada klien mengenai pakej Tun Teja. Jom kami explain dengan anda mengenai pakej tun teja dan sejarah serba sedikit mengenai tun teja. Bila dengar macam pelik kan sebab nama tun teja adalah di dalam sejarah.

February 21, 2023

Bedak Sejuk Dan Timun Ada Kebaikan Untuk Kulit Muka Rupanya, Ingatkan Mitos

MESTI ramai yang selalu nampak dan dengar kan, nak kulit cantik apply timun dan bedak sejuk pada muka? Alah mak-mak kita selalu buat macam tu. Tapi di zaman modern ini,

February 19, 2023

Urutan Kaki Sesuai Untuk Ibu Mengandung? Kenapa?

BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni.

February 17, 2023

Unsure of which package suits you best?

Take Kapas Beauty Spa quiz to find out what package is right for you. Only 5 minutes to know the best service for your need

Free Resources

5 Must Try Tips For Pristine Skin Care Routine