Kebaikan Timun Dalam Kecantikan

January 17, 2023

MESTI selalu tengok orang zaman dulu letak timun dekat mata kan? Tapi mesti ramai yang pelik kenapa timun diletakan di mata sebelum tidur? Biasa orang buat makan, ni buat untuk tidur pulak.

Picture of Mr. Kapas

Mr. Kapas

Share

MESTI selalu tengok orang zaman dulu letak timun dekat mata kan? Tapi mesti ramai yang pelik kenapa timun diletakan di mata sebelum tidur? Biasa orang buat makan, ni buat untuk tidur pulak. Sebenarnya khasiat timun banyak sangat manfaat nya untuk kulit tau. Yang nak dapatkan kulit yang cantik tu, boleh letak dalam list bucket korang untuk guna timun. Nak tahu apa kebaikan timun ni? Jom kami share dengan anda. Yang penting baca sampai habis untuk ketahui fungsi atau kebaikan timun untuk kulot muka kita.

               Kebaikan yang pertama adalah dapat menghindarkan jerawat dan jeragat pada muka anda. Sebuah kajian di luar telah menunjukan, timun mampu mengeluarkan semua minyak yang tersumbat pada kulit yang menyebabkan kulit kita berjerawat. Dan timun juga membantu untuk merawat yang liang tersumbat pada kulit kita. Kebaikan yang kedua, dapat mengurangkan bengkak pada kulit kita. Timun adalah sayur-sayuran yang kaya dengan asid folik dan vitamin C. Dengan itu, asid folik mampu melawan toksin persekitaran yang boleh membuat mata kita bengkak. Bukan itu sahaja, timun juga mampu melawan penuaan pramatang pada kulit kita.  Dalam satu kajian menunjukan, timun mempunyai antioxidant yang tinggi untuk membantu melawan kedutan besar. Macam kami beritahu anda tadi, timun mempunyai folik asid dan vitamin C. Vitamin C mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memudahkan pertumbuhan sel baru, manakala folik asid pula membantu untuk melawan toxin alam sekitar, yang boleh membuatkan anda tau lebih awal usia. Dengan gabungan ini, ia dapat membantu kulit anda kelihatan sihat dan segar.

               Kelebihan timun untuk kulit muka yang keempat adalah sumber penghidratan yang hebat. Timun mengandungi 96 % air. Jadi dengan menggunakan sumber timun dapat membantu kulit anda kekal tenang dan terhidrat. Kerana timun mempunyai banyak nutrient penting untuk melembabkan sel-sel kulit. Dan kelebihan yang terakhir adalah timun mampu menyelesaikan masalah mata sembab. Kajian menujukan bahawa, timun mampu menyelesaikan masalah mata sembab. Ini kerana, timun mempunyai flavonoid dan tannin. Tannin mempuyai astringen yang membantu untuk mengurangkan penampilan mata bengkak dan menyerap cecair berlebihan di bawah kulit. Bukan sahaja, untuk mata bengkak, malah ia juga sangat baik untuk menghilangkan lingkaran hitam dan mata bengkak.

Ini antara kelebihan timun untuk kecantikan yang mampu kami kongsikan dengan anda. Macam kami cakapkan timun ni sebenarnya banyak manfaat dalam kecantikan. Akan tetapi menggunakan timun sahaja tidak cukup untuk menjadikan kulit yang anda impikan. Rawatan muka juga amat penting untuk mendapatkan kulit impian anda. Di Kapas Beauty Spa, kami mempunyai rawatan muka yang mampu membantu anda untuk selesaikan masalah kulit anda. Yang menarik nya, beautician di Kapas Beauty Spa di terbangkan khas daripada Russia untuk bantu anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh whatsapp team kapas untuk ketahui maklumat lanjut.

Jika anda sudah membaca sehingga sini, tanda nya anda sudah berada di penghujung blog ini. Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi membaca sampai habis. Kami harap perkongsian kami mampu memberi manfaat kepada kehidupan anda. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat yang maha esa. Lagi sekali, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda. Akhir kata, rawat badan rehat minda di Kapas Beauty Spa.

Share

Other articles you should know…

Super Tips Untuk Kulit Sentiasa Bersih

KEBERSIHAN dan kecantikan adalah nadi utama untuk semua wanita yang memang tidak di nafikan lagi. Ramai yang masih ingat, product adalah satu satunya cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.

February 27, 2023

“Ehh Ada Beza Ke Waxing Dengan Shave Ni? Tengok Sama Je!”

RAMAI yang masih tak tahu yang sebenarnya service waxing ni banyak kebaikan untuk kita tau. Ni masih lagi guna pisau cukur atau shaver yang dah hampir karat tu untuk bersih bulu di badan tu.

February 25, 2023

Katakan Tidak Kepada Ubat-Ubatan Untuk Masalah Migraine

SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja

February 23, 2023

Pakej Tun Teja…Apa Tu? Nama Orang Ke?

BANYAK kami terima soalan daripada klien mengenai pakej Tun Teja. Jom kami explain dengan anda mengenai pakej tun teja dan sejarah serba sedikit mengenai tun teja. Bila dengar macam pelik kan sebab nama tun teja adalah di dalam sejarah.

February 21, 2023

Bedak Sejuk Dan Timun Ada Kebaikan Untuk Kulit Muka Rupanya, Ingatkan Mitos

MESTI ramai yang selalu nampak dan dengar kan, nak kulit cantik apply timun dan bedak sejuk pada muka? Alah mak-mak kita selalu buat macam tu. Tapi di zaman modern ini,

February 19, 2023

Urutan Kaki Sesuai Untuk Ibu Mengandung? Kenapa?

BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni.

February 17, 2023

Unsure of which package suits you best?

Take Kapas Beauty Spa quiz to find out what package is right for you. Only 5 minutes to know the best service for your need

Free Resources

5 Must Try Tips For Pristine Skin Care Routine