Kasih seorang ibu kepada anaknya takkan pernah kurang walau sebesar manapun anaknya, tapi kasih seorang anak kepada ibunya belum tentu kekal selamanya. Itu la yang terjadi kepada Puan Siti (Bukan nama sebenar) yang terpaksa bekerja sebagai tukang cuci walaupun buku lalinya patah kerana terjatuh tangga ketika bekerja (“Ankle Fracture”). Anak – anaknya tidak memperdulikan kesihatannya malah memaksa dia untuk pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.
“Ankle Fracture” atau patah pada pergelangan kaki berlaku apabila satu atau lebih tulang di pergelangan kaki patah. Tulang ini merangkumi tibia, fibula, dan talus. Biasanya, patah pergelangan kaki disebabkan oleh jatuh, sukan berimpak tinggi, kemalangan kereta, atau kecederaan yang menyebabkan kekuatan yang berlebihan pada pergelangan kaki
Antara simptom- simptom patah pada pergelanggan kaki adalah:
- Kesakitan yang teruk di kawasan yang cedera dan semakin teruk apabila menggerakannya
- Kebas pada kawasan yang cedera
- Warna kebiruan, bengkak, atau kecacatan yang kelihatan di kawasan yang cedera
- Tulang menonjol melalui kulit
- Pendarahan berat di tempat kecederaan
Rawatan fisioterapi harus dimulakan sebaik sahaja sehari selepas pembedahan dijlalankan. Sekiranya patah tersebut tidak memerlukan pembedahan, rawatan fisioterapi seperti “PRICE” harus dimulakan secepat mungkin.
Antara rawatan fisioterapi yang dapat membantu mengurangkan sakit dan mengembalikan pergerakkan adalah:
- “PRICE” Technique
- Mobilizing Exercise
- Scar Massage
- Gait training
“Kifarah Itu Wujud, Bagaimana Layananmu Terhadap Ibu, Begitu Juga la Anakmu Akan Melayanimu ”- Ibu

