Jenis-Jenis Urutan Di Kapas Beauty Spa

January 7, 2023

INI adalah soalan yang sering diajukan oleh client yang pertama kali untuk datang ke Kapas Beauty Spa. Menggunakan platform penulisan blog ini, kami menjawab soalan yang pertama kali ingin datang ke Kapas Beauty Spa dan kami akan cadangan kepada anda urutan yang sesuai dengan masalah anda tu

Picture of Mr. Kapas

Mr. Kapas

Share

“Hello Kapas Beauty Spa, saya nak buat massage lah..Tapi apa jenis massage yang u’olls ada?” – Klien

INI adalah soalan yang sering diajukan oleh client yang pertama kali untuk datang ke Kapas Beauty Spa.  Menggunakan platform penulisan blog ini, kami menjawab soalan yang pertama kali ingin datang ke Kapas Beauty Spa dan kami akan cadangan kepada anda urutan yang sesuai dengan masalah anda tu. Ceh dah macam doctor pulak…hihihi. Jom kita kongsikan dengan anda jenis-jenis urutan yang terdapat di Kapas Beauty Spa. Baca blog ini sampai habis untuk anda ketahui jenis-jenis urutan yang terdapat di Kapas Beauty Spa.

Jenis urutan yang pertama adalah urutan seluruh badan yang menyegarkan atau relaxing full body massage. Jenis urutan ini banyak digunakkan spa di luar sana. Sekali pandang ia sama seperti spa yang lain, akan tetapi urutan di Kapas Beauty Spa amat berbeza dengan spa di luar sana. Apa yang membuatkan kelainan adalah therapist di Kapas Beauty Spa adalah therapist yang bertauliah. And plus mereka mempuyai sijil dalam ilmu physiotherapist tau. Pada yang ingin rehatkan badan kami cadangkan untuk anda dapatkan relaxing full body massage ni. Urutan kedua adalah urutan seluruh badan aromaterapi. Konsep ini sama seperti urutan badan yang pertama, tetapi jika anda dapatkan urutan badan aromaterapi ini kami menggunakan minyak aromaterapi semula jadi yang dirumus khas untuk memberikan aroma yang menyegarkan sekaligus menenagkan minda. Kepada wanita inikan urutan yang tenang, kami cadangkan kepada anda untuk dapatkan jenis urutan ini. Kerana bau aroma tersebut membuatkan anda rasa tenang dan segar selepas urutan. Jenis urutan yang ketiga yang terdapat di Kapas Beauty Spa, adalah urutan kepala bahu dan leher. Mendengar nama sahaja kita sudah tahu, urutan ini berfokuskan bahagian kepala, leher dan bahu. Ini adalah untuk mengurangkan ketegangan dan sakit kepala disebabkan oleh otot yang tegang di bahagian bahu. Jika anda sering mengalami masalah migraine, ketegangan leher dan bahu, urutan ini adalah cadangan kami untuk anda.

Jenis urutan yang terdapat di Kapas Beauty Spa yang keempat adalah urutan belakang badan atau back body massage. Urutan ini berfokuskan kepada bahagian belakang badan hingga ke belakang pinggang, kedua belah tangan dan kepala. Kepada wanita yang sering mengalami masalah ketengan otot pada bahagian pinggang urutan ini amat sesuai untuk anda. Yang menarik nya, di Kapas Beauty Spa kami mempunyai urutan yang di beri nama “4-Hand Massage”. Ini antara best seller massage di Kapas Beauty Spa. Dengan menggunakan 4 telapak tangan yang hangat, dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit badan anda, ketengangan anda. Rata-rata pelanggan Kapas Beauty Spa dapatkan urutan ini, kerana menggunakan 4 tangan dalam masa yang sama. Dan urutan yang terakhir adalah urutan tisu dalam atau “Deep Tissue Massage”. Urutan ini berfokuskan kepada lapisan otot yang lebih dalam untuk mengurangkan sakit pada otot yang tegang. Pada sesiapa yang mempunyai masalah otot yang dalam, urutan ini amat sesuai untuk anda. Urutan ini dilakukan oleh physiotherapy kami untuk selesaikan masalah anda.

               Di Kapas Beauty Spa, kami mempunyai 3 variasi minyak yang boleh di pilih dan setiap minyak tersebut mempunyai fungsi yang berbeza. Yang pertama adalah, minyak lavender. Kepada sesiapa yang sering mengalami masalah migraine dan sakit kepala, minyak ini khas untuk anda. Minyak yang kedua adalah minyak lemon grass ginger. Mengikut budaya tradisional melayu, serai & minyak halia digunakan untuk mengubati sakit badan dan otot. Dan minyak yang terakhir sekali, adalah minyak rimbun atau bayu. Dengan gabungan badam manis, zaitun, daun pudina, buah anggur, oren & minyak lemon memberikan anda bauan yang sangat menengkan sekali gus memberikan kulit anda vitamin yang terbaik. Dan minyak rimbun atau bayu adalah antara best seller di Kapas Beauty Spa. Yang menarik nya minyak urutan di Kapas Beauty Spa menggunakan 100 % natural based oil.

               Ini antara sedikit sebanyak jenis-jenis urutan di Kapas Beauty Spa. Sebenarnya banyak lagi jenis urutan di Kapas Beauty Spa. Akan tetapi perkongsian kami ini, adalah urutan yang mempunyai permintaan daripada klien kami. Kalau anda ingin ketahui maklumat lanjut mengenai urutan badan, boleh ke bahagian urutan badan. Tahniah buat anda kerana telah sampai ke akhir penulisan blog ini, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana telah mengisi masa anda untuk membaca blog ini sehingga akhir. Kami doakan anda sentiasa di murahkan rezeki dan di dalam perlindungan yang maha esa. Akhir kata, rawat badan rehat minda di Kapas Beauty Spa.

Share

Other articles you should know…

Super Tips Untuk Kulit Sentiasa Bersih

KEBERSIHAN dan kecantikan adalah nadi utama untuk semua wanita yang memang tidak di nafikan lagi. Ramai yang masih ingat, product adalah satu satunya cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.

February 27, 2023

“Ehh Ada Beza Ke Waxing Dengan Shave Ni? Tengok Sama Je!”

RAMAI yang masih tak tahu yang sebenarnya service waxing ni banyak kebaikan untuk kita tau. Ni masih lagi guna pisau cukur atau shaver yang dah hampir karat tu untuk bersih bulu di badan tu.

February 25, 2023

Katakan Tidak Kepada Ubat-Ubatan Untuk Masalah Migraine

SAKIT KEPALA atau migraine adakah kedua-dua nya sama? Mengikut kepada sebuah blog kesihatan Malaysia, migraine ni adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepada sahaja

February 23, 2023

Pakej Tun Teja…Apa Tu? Nama Orang Ke?

BANYAK kami terima soalan daripada klien mengenai pakej Tun Teja. Jom kami explain dengan anda mengenai pakej tun teja dan sejarah serba sedikit mengenai tun teja. Bila dengar macam pelik kan sebab nama tun teja adalah di dalam sejarah.

February 21, 2023

Bedak Sejuk Dan Timun Ada Kebaikan Untuk Kulit Muka Rupanya, Ingatkan Mitos

MESTI ramai yang selalu nampak dan dengar kan, nak kulit cantik apply timun dan bedak sejuk pada muka? Alah mak-mak kita selalu buat macam tu. Tapi di zaman modern ini,

February 19, 2023

Urutan Kaki Sesuai Untuk Ibu Mengandung? Kenapa?

BILA dah berbadan dua ni mesti selalu penat kan? Yelah mana tidak nya, bawa kandungan ke sana kesini dan menyebabkan anda selalu penat. Bukan sahaja penat badan, malah sering sakit kaki. Siapa yang pernah berbadan dua, mesti faham kan perasaan ni.

February 17, 2023

Unsure of which package suits you best?

Take Kapas Beauty Spa quiz to find out what package is right for you. Only 5 minutes to know the best service for your need

Free Resources

5 Must Try Tips For Pristine Skin Care Routine